Pages

Malaysia Web Hosting

Thursday, July 22, 2010

MALEK ABDUL AZIZ







Bekas juara tinju heavyweight dunia , Mike Tyson menangis ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi di Madinah, Arab Saudi. Tyson juga melakukan umrah di Mekah, pada Julai 2010.

Tyson memijakkan kakinya ke Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat 2 Julai 2010. Mike Tyson yang berusia 44 tahun ini melakukan ibadah di Masjid Al-Nabawi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh online news Saudi Gazette, Tyson menginap di hotel berhampiran Masjid Al-Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya.

Bekas peninju yang kontroversi kerana menggigit telinga semasa pertandingan ini mendapat pengawalan ketat semasa melakukan solat Zuhur. Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual luar biasa selama di Arab Saudi.

“Saya senang punya peminat yang mencintai saya di sini (Arab Saudi). Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di salah satu taman surga,” ujar Tyson ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi.

Tyson yang memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan 1990an, kemudian mengganti pakaian dengan mengenakan ihram untuk melakukan umrah di Mekah.Selesai melakukan umrah di Mekah, Mike Tyson nama Islamnya, Malik Abdul Aziz ini merancang akan mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh.

Tuesday, July 20, 2010

PBSM Malaysia dapat lampu hijau masuk Gaza




Kalaulah dengan cara ini sahaja kita dapat membantu saudara di Gaza, apa salahnya kita sumbangkan sehengget dua ke sini.. Kita pun tahu dan sedia maklum tiada sekatan untuk PBSM membawa masuk barangan keperluan untuk ke Gaza.

Bayangkanlah memyambut Ramadhan ditengah-tengah kekejaman, aku percaya ramai lagi yang mampu mengujudkan tong-tong sumbangan. Tapi.., tong-tong ni semua hendaklah dipantau oleh penganjur yang jujur,ikhlas dan pastikan ianya masuk ke saluran yang betul..., janganlah pulak masuk ke saluran poket pulak.....
Yang memang sah untuk orang Malaysia ialah sifat dermawan pada apa saja bencana.. tabiklah.., walaupun SEHENGGET sorang tapi kalau di kali kali KALIkan... huh.. BAnyaKkk tuuuuuu..

Monday, July 19, 2010

Mahu Seribu Daya








Bagaikan kata pepatah, "hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih". Ko lihatlah hasil keras tangan orang-orang yang malas macam aku ni... ni lada kulai tengah menggila mengeluarkan hasilnya..
Kalau aku nak cakap pun tak guna.. benda-benda macam ni kena buat dan experiencelah sendiri, barulah korang tahu NIAQMATnya bercucuk tanam.. Apa lagi tunggu tepi jamban pun boleh tanam cabai ni...






Sunday, July 11, 2010

Dorian Dah Bebunga


Aduh... kini kembali.... benda ni memang best kalau digabungkan dengan pulut/santan masak.. Memang kalau betul-betul gaul bagi sebati... santan campur durian ni macam susu.. alahmak cakap pun tak guna.. niaqmat dia... memang giler...


Seingat aku la ni baru awal musim kat kijal.. kemuncak musim bakal menyaksikan pesta durian sana-sini..


Aku lebih gemar kalau makan benda ni dengan lemang... pergh... sampai kulit derian pun aku jilat...

Apa-apa pun kita jumpa nanti... aku nak pi cari durian dengan lemang...... dah tak tahannnnn


Friday, July 9, 2010

PENYELUK SAKU DALAM TREN


PUNDEK betul para penyeluk saku dalam tren.. mencari sesuap nasi secara HARAM BEJADAH.. dalam kesesakan orang nak balik kampung atau kemana-mana.. Lagi haram bejadah punyer penyeluk saku ni, anak aku yang jadi mangsa pendapatan haram depa ni..

Anak aku seorang pelajar, dari stesen Seri Kembangan nak ke Bandar Tasek Selatan dengan beg besar lagi nak balik Kerteh. fukki hayam dalam sekejap macam tu dah lesap wallet dia... apa yang terlikan adalah Kad Pengenalan, Kad Bank, Tiket Bas.... nak naik kat Pekeliling... malam ni.. 9/July/2010 bas Plusliner..

Korang bayangkan.... anak aku tu 16 tahun... sorang2 tersangkut pulak kat Stesen Bandar Tasik Selatan... itulah dalam pesan kekadang ni anak-anak tak dengaq kata kita.... letak wallet kat poket depan... bila dah jadi baru nak cakap.... nak cepatlah..., letak kat poket belakanglah......
Ikut hampalah...





Monday, July 5, 2010

Gigi Palsu




Memang nampak cantik gigi palsu ni... tetapi korang tahu dak dari mana asalnya gigi-gigi ini, bagaimana ia diperbuat, apakah campuran dan ramuan.. oh no...
tak sanggup aku nak pakai bende ni...




Salah 3 orang teman baik aku (seperjuangan kat sekolah dulu) depa ni kerja kat jepun... belajar teknology membuat gigi palsu dari A to Z.. Korang tahu asal usul gigi-gigi yang digunakan.. ada yang cakap buat dari plastiklah, campuran itu dan ini.. TETAPI hakikat yang sebenar2nya adalah:


Gigi dari spesis ikan ini dijadikan gigi2 korang... yang terdapat kat pasaran hanya yang dah siap...Lima belas tahun kengkawan aku assist kat company ini...

Ikan jenis yang bergigi seakan2 manusia ni hanya terdapat kat afrika saja... ngeri o cara2 nak dapatkan gigi2 heywan ni.... lihatlah.....








Friday, July 2, 2010

Candat Sotong Emergency






Ini sajalah hasil yang termampu dihasilkan dalam 15 minit mencandat... Aku terpaksa memecut balik ke pantai coz hari nak ujannnn..... dilangit pulak kilat berperang sesama sendiri diselang seli dengan jerkahan guruh.. "Grumm Gramm".. cabut balik walaupun sempat melabuhkan sauh selama 15 minit.

Utamakan keselamatan.. tapi apapun aku cukup puas dengan enjutan sotong-sotong ni.. berlepas petang tadi lebih kurang kul 7 lebih.. sampai rumah terus masak.. pegh... manisnya tak dapatlah engkorang gambarkan.. hanya pencandat-pencandat jer yang tahu NIAQMATNYAAAA.. kalu sotong baru ni..
Niaqmat sotong bakar pulak lain... huh bak kata pepatah owang dulu-dulu merancutlah... tengok tu.... ya ALLAH.. sedapnyer...