Pages

Malaysia Web Hosting

Monday, May 31, 2010

Prihatin Parking OKU

Kambing amat terkilan dengan sikap pengunjung terutamanya pemandu di Mesra Mall kerana
sikap yang kurang PRIHATIN dengan LOGO ini. Adakah spesis ini tidak memahami ataupun hipokrit kerana nak menunjuk-nunjuk dengan kereta mewah meraka sehinggakan mengabaikan pengguna OKU yang sama-sama menghadiri kelas ujian memandu dahulu sebelum mendapat lesen memandu.
Kalau ditilek pada "kereta" memang besar... mewah... bergaya.. elite gitu.. tapi akal ZERO. Apalah salah dibiarkan lot parking ni kosong untuk OKU. Kasihanilah dengan kekurangan kurnian kepada mereka.
Tidak salah pun.. mungkin kerana nak dekat dan cepat masuk.. akalnya diletakkan pada kepala lutut.
LU PIKIAUULAH SENDIRI.......

Thursday, May 27, 2010

Pantai Rantau Petronas
















JinToya dengan group telah bersantai giler di Pantai Sekolah Rantau Petronas bersebelahan dengan Stesyen Pemancar Exxon pada awal bulan May 2010.

Projek giler ini tidak dirancang dan persedian awal juga tidak dibincang. Apa yang pasti hanyalah seperti "projek bidan terjun" semata-mata. Cakap-cakap, jadik ajer..... Apa yang menarik adalah salah seorang kerabat telah menumbangkan seekor kambing dengan sengaja untuk dijadikan hidangan pada malam tersebut.
Bertemankan hembusan angin Laut Cina Selatan dan berpayungkan langit "mangsa" telah digrillkan serakus-rakusnya.


Selain dari kambing yang tertumbang terdapat juga spesis-spesis laut yang sempat kami cedok dari laut yang bersebelahan. Antaranya ialah udang, sotong dan tidak ketinggalan spesis berkaki dua iaitu ayam-ayam pencen.
Untuk mengenyangkan lagi perut-perut JinToya ini, nasi goreng dan mee goreng berserta keropok juga dihidangkan.