Projek giler ini tidak dirancang dan persedian awal juga tidak dibincang. Apa yang pasti hanyalah seperti "projek bida
n terjun" semata-mata. Cakap-cakap, jadik ajer..... Apa yang menarik adalah salah seorang kerabat telah menumbangkan seekor kambing dengan sengaja untuk dijadikan hidangan pada malam tersebut.
Bertemankan hembusan angin Laut Cina Selatan dan berpayungkan langit "mangsa" telah digrillkan serakus-rakusnya.
Selain dari kambing yang tertumbang terdapat juga spesis-spesis laut yang sempat kami cedok dari laut yang bersebelahan. Antaranya ialah udang, sotong dan tidak ketinggalan spesis berkaki dua iaitu ayam-ayam pencen.
Untuk mengenyangkan lagi perut-perut JinToya ini, nasi goreng dan mee goreng berserta keropok juga dihidangkan.