Pages

Malaysia Web Hosting

Wednesday, June 30, 2010

Sambal Sotong Nasi Lemak



INILAH sambal yang aku katakan famous amos tu.. yang korang gemar sangat makan dengan nasi lemak tu. Korang bayangkan janggut sotong tu sudahlah.... kalau tokey sotong tak sempat nak supply, sah kaki katak yang dah disiat kulitnya.....
Hah.. apa lagi... makanlah sebanyak mungkin... aku memang peminat sotong ni... pasal tulah korang kalau nak beli sotong ni kena beli yang complete set.. janggut mesti ada penuh...

Nasi Lemak Exotica...


KHASIAT GILER.. Manisnyer jangan nak katalah... panjang kata memang aku tak makan menatang ni... tapi menurut empunya diri... niaqmart dia lebih canggih dari puyuh.
Apek ni memang dah telan 5 ekor menatang ni hidup-hidup, tak yah potong... kaw-kaw terus masuk mulut.
Aku rasa, kalau buat masak kicap ker.. boleh tahan jugak. Apa yang pasti.., menatang ni kalau kat negeri dia, memang buat sambal nasi lemak. Bak kata.., kalau kat tempat kita ianya diibaratkan macam SAMBAL SOTONG nasi lemak yang korang beli pepagi tu... letak kacang, timun dan kangkong tu... ikut suka, nak taruk kalu tak nak tak yah..

Monday, June 14, 2010

Kesian Budak / Anak-Anak


Tok Bomoh kata "dah masuk dah tulang yang patah tu.., alignment pun dah betul.. kalau tak picaya pergilah tangkap gambar x-ray... pastu bawa balik jumpa AMBO... AMBO gerenti dah molek doh...."

Lihatlah sendiri tahap keberkesanan "masuk dan betul" versi tok moh ni.... jadi pada anda ingat-ingatlah sebelum ANDA MENERIMA MAKI-HAMUN dari anak-anak kemudian hari. Ketaksuban anda pada TOKMOH telah memudaratkan anak-anak anda. Sekarang ni takpalah kuasa menetapkan sesuatu keputusan memang 100% di tangan anda.. kemudian hari.., bila anak-anak dah boleh berfikir secara dewasa, ANDA AKAN DIPERSALAHKAN.... oleh kebahlolnan anda..

INGAT per-per hal X-ray dulu... kalau tak patah atau retak PERGILAH NAK JUMPA TOKMOH pun takdernyer orang nak larang.... perbuatan mengurut boleh menambah-teruk lagi keadaan patah itu.... kekadang aku tengok dari pengalaman aku sendiri yang menceburi bidang x-ray ini, mak-bapak punyerlah HIGH EDUCATED tetapi dalam bab ni.... hemmm hampeh wal kelambut.... bila anak-anak dah tak betul pergerakannya barulah nak tipon sana tipon sini.., nyesallah.... !!! Tak nak pulak dia nyesal sebelum pergi ke tokmoh tu... pastu cakap orang tu orang ni yang nasihat suruh pergi jumpa tokmoh.

Aku bukan nak mengata sangat tapi kesian ke budak-budak, benda yang sepatutnya 4 - 6 minggu boleh baik, dah jadi 4 - 6 bulan menanggung derita... tidak juga aku nak mengatakan yang tokmoh tu tak bagus, tapi elemen-elemen lain yang menghadkan rawatan dia.., itu yang aku tak kenan... pastu masuk bakul canangkan bermacam-macam orang dan jenis patah telah dipulihkan....

Sekadar retak.., kalau alignment tak lari.., bubuh splint bodoh pun baik.... baik sendiri jerrr... Kalau patah ditambah pula dengan urutan-urutan buta manalah nak masuk... pastu main pakai x-ray dengan jari (pakai raba-raba) manalah nak nampak.... kalau pun ada "pendamping" sekali pun... korang lagi ariff nak-nak "pendamping" ni dari jenis yang terlarang... korang timbang-timbanglah... kalau dah "tugas" utama telahpun termaktub oleh yang MAHA BERKUASA.

Ikutlah... korang dah tua-tua dah...






Sunday, June 13, 2010

Arab Tidak Bersatu - Takut Pengganas Zionist


KENAPA Israel begitu berani menyerang dan membunuh rakyat Palestin. Jawapannya semua orang tahu. Negara-negara Arab tidak bersatu dan lemah dalam serba-serbi. Mereka berpecah belah berdasarkan kepada kepentingan nasional masing-masing. Malahan ada yang sanggup bersekongkol dengan Israel atas dasar kepentingan bersama.

Lantaran itu tidak hairanlah sekiranya rakyat Arab menuduh negara-negara konservatif Arab seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi dan Palestinian Authority (PA) bersekongkol dengan Israel dalam serangan ke atas Semenanjung Gaza. Israel seolah-olah menjadi proksi pemimpin-pemimpin Arab yang bermusuhan dengan Hamas.

Presiden Hosni Mubarak, Mesir tanpa berselindung menyalahkan Hamas sebagai punca kepada serangan Israel. Mahmoud Abbas pula mendakwa Israel tidak akan menyerang sekiranya Hamas bersetuju dengan gencatan senjata. Malahan Menteri Luar Arab Saudi, Saud Al Faisal ketika berucap di mesyuarat tergempar Liga Arab juga menyalahkan Hamas.

Sayangnya mata mereka seolah-olah kabur dengan tindakan-tindakan Israel yang terus menerus memperketatkan sekatan ekonomi dan serangan-serangan ke atas Gaza dalam masa gencatan senjata. Hamas mendakwa serangan roket sebagai tindak balas terhadap sekatan ekonomi dan serangan-serangan Israel yang mengorbankan banyak nyawa.

Nampaknya negara-negara konservatif Arab lebih senang sekiranya Israel menghancurkan Hamas meskipun ramai rakyat Palestin yang menjadi mangsa. Segala-galanya berpunca daripada dakwaan wujudnya hubungan akrab Hamas dengan Iran dan dakwaan Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Seperti mana penulis pernah katakan tragedi Palestin yang berterusan berpunca daripada sikap pemimpin-pemimpin Arab sendiri. Ada antara mereka yang bersifat 'gunting dalam lipatan'. Mubarak tanpa rasa bersalah dengan garang memberitahu dunia bahawa Mesir tidak akan membuka pintu sempadan Rafah selagi Hamas berkuasa di Gaza. Sepatutnya siapa yang memerintah Palestin adalah hak rakyat Palestin untuk menentukannya.

Kini sudah wujud dua identiti Palestin. Semenanjung Gaza di bawah Hamas dan Tebing Barat dikuasai Fatah. Mahmoud Abbas sebagaimana juga Israel enggan menerima hakikat yang Hamas memenangi pilihan raya tahun 2006 meskipun diiktiraf sebagai bebas oleh Yayasan Carter yang diterajui oleh bekas presiden Jimmy Carter.

Ekoran daripada permusuhan ini serangan Israel ke atas Gaza bukan dianggap sebagai serangan ke atas negara Palestin, sebaliknya serangan ke atas Gaza yang dikuasai Hamas. Lantaran itu Abbas bukan sahaja mengkritik Hamas sebagai punca serangan, sebaliknya menggunakan polis menghalang penduduk-penduduk Tebing Barat melancarkan tunjuk perasaan terhadap Israel.

Setiap kali berlaku pertumpahan darah antara Palestin dan Israel umat Islam termasuk di Malaysia amat kecewa dan marah. Ramai yang menyalahkan Israel, Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutu Israel di Eropah. Tetapi tidak tergamak menyalahkan negara-negara Arab. Mungkin kerana tidak mahu mengecilkan hati orang Arab atau bimbangkan tindak balas negara-negara Arab yang kaya.

Tetapi kini rakyat Arab sudah ada yang berani menyalahkan kerajaan masing-masing umpamanya di Mesir. Meskipun kerajaan Mesir mengecam Hamas tetapi tidak rakyatnya. Ini satu perkembangan yang menarik. Paling penting rakyat mahukan perubahan dasar.

Sebenarnya Israel tidak berani mengangkat kepala sekiranya negara-negara Arab bersatu dan mengambil tindak balas. Bayangkanlah lebih 320 juta umat Arab dibandingkan dengan enam juta rakyat Israel. Tetapi negara-negara Arab berpecah belah dan ada antara pemimpinnya yang tidak mempunyai semangat Arab - sanggup 'menyusu kera di hutan'.

Selama ini pemimpin-pemimpin Islam termasuk dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) terlalu bermain ayat-ayat diplomasi. Tidak mahu berterus terang. Mungkin takut mengecilkan hati "BIG BROTHER" - ISRAELlah...


Tetapi sampai bila? Apakah sehingga rakyat Palestin pupus dari bumi.
Sejarah membuktikan bahawa negara-negara Arab dan Turki mencapai tamadun tertinggi dan ketenteraan terkuat di dunia ketika diperintah oleh kerajaan Islam.
Mungkinkah kerana 'label' Islam membuatkan beberapa pihak tertentu takutkan Hamas. Tetapi mengikut laporan berita, sebahagian besar pemimpin Hamas terdiri daripada profesional dan bukannya fanatik Islam.

Paling mendukacitakan pemimpin- pemimpin negara-negara Islam tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan umat Islam. Punca utamanya politik dan kuasa. Perkara ini terjadi di mana-mana, bahkan di Malaysia sendiri. Hinggakan demonstrasi-demonstrasi berkaitan isu Palestin dianjurkan berasingan berdasarkan parti politik.

Apakah umat Islam tidak lagi bersaudara?

Thursday, June 3, 2010

JANGAN PANJAT


Tolonglah sedare-sadare yang gemar memanjat mangkuk tandas tu.. lihatlah apa yang terjadi... kalau ada toilet roll lapiklah jangan panjat.. kekadang HARI TIDAK KENAL KITA.... inilah padahnyer.......

Wednesday, June 2, 2010


LATA BAYU - BALING... memang ini salah satu tempat kegemaran aku berhenti. Siap mandi.. ayaq jangan ceritalah...

Misi GAZA


KAMBING amat kecewa sangat-sangat dengan kekejaman ZIONIST. Mana ikhtiar TOK TOK BOMOH handal semua.. adakah golongan ini tidak mengetahui yang rakan sukarelawan misi ke GAZA bukannya hebat-hebat sangat macam tok-tok bomoh yang mempunyai pelbagai kepandaian batin dan ghaib.. tolonglah di saat-saat genting macam ni... gunalah KEPANDAIAN tu hancur rejim yang dilaknat ini.. Para sukarelawan kita yang ke sana bukannya berbekalkan ilmu-ilmu handal seperti para bomoh-bomoh ni... tolonglah musnahkan rejim lahanat ni... kesian saudara-saudara kita merana kat bumi sendiri..

Kambing tak mampu nak buat apa-apa.. cuma mendoakan agar kekejaman ini cepat berakhir, banyak sangat korban-korban terinaya...