Filem 3D - Avatar |
3D - How To Train Your Dragon |
Alice In The Wonderland & Clash of the TITANS |
Kajian Dr Michael Rosenberg, profesor dari Northwestern University, visual 3-D boleh menambah tekanan kepada mental seseorang dan menyebabkan mereka mudah mendapat sakit kepala. Seorang lagi pakar ophthalmologi dan neurologi dari University of Rochester Medical Center, Dr Deborah Friedman berhujah, dalam pandangan normal, setiap sebelah mata kita akan melihat objek dari sudut berbeza. Katanya, apabila isyarat itu sampai ke otak, ia dengan sendirinya mewujudkan persepsi kedalaman (depth) secara semula jadi.
Cermin mata menonton 3D |
Namun perkara ini tidak berlaku apabila kita menonton filem 3-D, malah dalam satu kajian dan laporan, 15 peratus penonton mengakui mengalami sakit kepala dan tekanan pada mata sewaktu menonton filem 3-D. Kesan lain yang dicoretkan, filem 3-D lebih malap kerana kaca mata khas itu menyerap cahaya. Bagi saya inilah kesan buruk baiknya sesuatu teknologi kerana setiap satu benda dan perkara ada 'nilai harganya'. Kebimbangan Barat juga makin bertambah apabila set TV 3-D pula kini diperkenalkan di Las Vegas, baru-baru ini yang memungkinkan beberapa kesan sampingan.
Mungkin menyedari tidak semua selesa menonton filem 3-D di pawagam sekarang, pembikin juga menyediakan pilihan kepada penonton. Kalau yang suka bayar lebih untuk 3-D, dipersilakan masuk dan bagi yang rimas memakai kaca mata khas, beli saja tiket yang biasa.
Sumber: METRO 15/5/2010 - Kolumnis
Olahan: Jinayaq
Olahan: Jinayaq