Pages

Malaysia Web Hosting

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya 2010 - 3

Aku ingat semuanya dah berakhir... tiada lagi juadah-juadah pelik tapi sangkaan aku ternyata meleset sama sekali....
Mee Kari mak ko....

Macam biasalah, sekali ni ketua kumpulan dia sama macam dalam mangkok tu.
3 kali serang by pukul 3.30 petang dah lesap.. kalliauuuu habih.....

Hari Raya 2010 - 2

Pada hari ke-2.... memang lumrah kaum ni.... mesti nak buat jugak.... ikutlah...  
Nasi Dagang...

Ketua di hari ke 2... kat gambar tulah...

Hari Raya 2010

Memang best Hari Raya Tahun ini.. tak balik kampung mahupun halaman... Di pagi Hari Lebaran yang pertama...
Juadah di Hari Raya Pertama... budak-budak nak makan...
Ni pulak di bawah ni... satu hal lagi yang sempat aku siasat.. hasil operasi aku terjumpak benda-benda seperti ini.. haruskah aku melapurkan kegiatan "anti-sorok" ini..

Kalau disusun...

Penuh satu meja... aper ni.. aper ni......
Aku pun tak fahamlah dengan kaum ini... apa-apa pun Selamat Rayalah.....

Monday, September 6, 2010

Kolesterol Pada Udang Tidak Merbahaya

UDANG telah dicap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya?

Udang Beb..
Pada tahun 1996, satu kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati, kolesterol yang terkandung dalam udang sebenarnya tidak mengundang ataupun memberikan kesan yang tidak baik kepada penerimaan kolesterol dalam tubuh badan.


Pengarah dari Center for Human Nutrition, Universiti California-Los Angeles, David Heber yang juga penulis buku  What Color Is Your Diet? Berpendapat, “Udang telah lama dikategorikan sebagai makanan yang menyumbang kolesterol yang tinggi, dan saya sendiri tidak faham kenapa? Ramai orang, termasuklah sesetengah doktor juga mempercayai mitos tersebut. Menurutnya, kandungan kolesterol yang terkandung dalam darah setelah banyak makan udang sedikit pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang.


Nampak sedap ni....
Kolesterol yang dimaksudkan ialah kolesterol ‘baik’ (HDL) akan meningkat dalam darah berbanding kolesterol ‘tidak baik’ (LDL) lemak yang terkandung dalam udang adalah baik dan berguna untuk kolesterol. Kolesterol dalam darah yang terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL mempunyai fungsi masing-masing.
Ratu Udang....
LDL ataupun ‘kolesterol tidak baik’ selalunya akan menyumbang kepada proses saluran arteri (pembuluh jantung). Manakala kolesterol HDL pula HDL yang baik dipam ke paru-paru dapat mengurangkan tahap kandungan kolesterol dalam darah. Dalam erti kata lain, kolesterol dalam udang yang bersifat sebagai lemak itu sebenarnya tidak tepu berbanding lemak tepu yang terdapat pada daging dan telur. Ada pendapat mengatakan kolesterol yang terkandung pada udang agak sukar untuk diserap dalam darah, dan kajian ini masih buntu kerana mereka tidak ada alasan kukuh mengenainya.
Sedap-sedap belaka....


Source: http://www.sajionline.com.my/index.php/info-makanan/714-kolesterol-pada-udang-tidak-merbahaya.html

Saturday, September 4, 2010

Risiko 3D 15% Sakit Kepala

Newsweek, baru-baru ini, saya amat tertarik dengan paparan muka depannya yang menyentuh mengenai risiko dan bahayanya teknologi filem 3-D, tulisan orang mereka sendiri, pengkritik filem dari Chicago Sun-Times, Roger Ebert.
Filem 3D - Avatar
Kata Ebert, dari segi psikologi dan imaginasi, setiap kali kita menonton filem biasa (2-D), minda dan otak manusia secara semula jadi akan menerima apa yang ditatap itu sebagai 3-D. Jarak, kedalaman serta perspektif dalam filem 2-D sudah cukup memadai dan dari situlah sudah dinobatkan banyak filem terbaik.

3D - How To Train Your Dragon
Alice In The Wonderland & Clash of the TITANS
Kajian Dr Michael Rosenberg, profesor dari Northwestern University, visual 3-D boleh menambah tekanan kepada mental seseorang dan menyebabkan mereka mudah mendapat sakit kepala. Seorang lagi pakar ophthalmologi dan neurologi dari University of Rochester Medical Center, Dr Deborah Friedman berhujah, dalam pandangan normal, setiap sebelah mata kita akan melihat objek dari sudut berbeza. Katanya, apabila isyarat itu sampai ke otak, ia dengan sendirinya mewujudkan persepsi kedalaman (depth) secara semula jadi.

Cermin mata menonton 3D
Namun perkara ini tidak berlaku apabila kita menonton filem 3-D, malah dalam satu kajian dan laporan, 15 peratus penonton mengakui mengalami sakit kepala dan tekanan pada mata sewaktu menonton filem 3-D. Kesan lain yang dicoretkan, filem 3-D lebih malap kerana kaca mata khas itu menyerap cahaya. Bagi saya inilah kesan buruk baiknya sesuatu teknologi kerana setiap satu benda dan perkara ada 'nilai harganya'. Kebimbangan Barat juga makin bertambah apabila set TV 3-D pula kini diperkenalkan di Las Vegas, baru-baru ini yang memungkinkan beberapa kesan sampingan.

Mungkin menyedari tidak semua selesa menonton filem 3-D di pawagam sekarang, pembikin juga menyediakan pilihan kepada penonton. Kalau yang suka bayar lebih untuk 3-D, dipersilakan masuk dan bagi yang rimas memakai kaca mata khas, beli saja tiket yang biasa.
Sumber: METRO 15/5/2010 - Kolumnis
Olahan: Jinayaq

Ahli Akademik Fail Petisyen Candi Borobudur Milik Islam

JAKARTA 2010/09/04 : Sebuah kumpulan diketuai seorang ahli akademik dari sebuah universiti Islam di Indonesia mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan Candi Borobudur di Jawa Tengah milik masyarakat Islam.

Candi Borobudur, Bali Indonesia
Portal berita Kompasiana.com melaporkan penyelidik dari Institut Kajian Sejarah Purba dan Islam diketuai Fahmi Basya, pensyarah Matematik Islam Universiti Islam Syarif Hidayatullah di Jakarta, mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa kuil Buddha terbabit dibina tentera jin Solomon (Nabi Sulaiman).

Universiti Islam di Indonesia
Solomon menurut Injil adalah raja Israel yang juga Nabi Sulaiman mengikut al-Quran. Berdasarkan artikel terbabit, penyelidik mengaitkan Borobudur dengan Kraton Ratu Boko berhampiran kuil Hindu Prambanan di Jawa Tengah dengan mendakwa Boko adalah nama lain bagi Ratu Balqis, isteri Sulaiman.


Alasan lain digunakan penyelidik untuk mengaitkan Borobudur dengan Islam ialah kaitan namanya.

Asal nama Slemen, sebuah bandar di Yogyakarta adalah daripada perkataan Sulaiman manakala Jawa berasal dari perkataan Jew (Yahudi).

Fahmi juga mendakwa Sulaiman adalah satu-satunya nama Nabi yang mengandungi suku kata Su yang kemudian digunakan kebanyakan pemimpin negara itu yang mempunyai nama seperti Sukarno, Suharto dan Susilo.

Ahli sejarah, JJ Rijal memberitahu Jakarta Globe bahawa dakwaan Fahmi itu mungkin boleh dikategorikan sebagai sejarah ideologi.

Sejarah ideologi ada dalam banyak bentuk. Misalnya di Indonesia, penyelidik yang mengikuti ideologi itu percaya bahawa Islam adalah darah, yang memacu semua perkara besar di negara ini, kata Rijal. Agensi.

Friday, September 3, 2010

Bendera ancam demonstrasi lebih besar

Jakarta diminta segera mencari jalan untuk membawa pulang kira-kira dua juta tenaga kerja Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara dengan lebih 17,000 kepulauan itu.
Dapatlah upah RM 13.90 dari penaja...
Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung berkata, selepas kesemua warga Indonesia itu pulang, Jakarta perlu segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, laporan menyebut ahli-ahli kumpulan demonstrasi di Indonesia termasuk dari Bendera sebenarnya hanya ‘mencari makan’ serta mendapat bayaran di antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.

Persoalannya: Kenapa masih ramai warga Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia tidak mahu menyahut seruan ini, malahan setiap hari masih ada yang menyelinap masuk ke Malaysia secara haram... jadi.. kami rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan taktik murahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bapak2 ini tak ada pun masalah...
Nak buat macam mana hanya inilah cara kumpulan/warga Indonesia ini mencari makan... tentunya anda telah melihat berita di TV3 jam 1.30 2hb Sept 2010...