Pages

Malaysia Web Hosting

Monday, August 23, 2010

Bunuh Bayi Serupa Yahudi

Dulu "Buang Bayi kini "Pembunuh Bayi".. bagi aku memang perkataan ini tepat bagi pembuang-pembuang bayi.. Apa salah bayi-bayi ini, sedarlah wahai pembunuh bayi sekelian, bukan hanya satu yang korang tanggung malahan empat  atau lima perkara yang ko akan tanggung nanti... 
Pembunuh Bayi di negara kita ni saling tak tumpah sebijik macam YAHUDI, cara pembunuhan mereka ni lebih kurang sama jer... betul-betul aku kata Pembunuh Bayi di Malaysia sama macam YAHUDI...

Hah OK korang layan gambar-gambar kes pembunuhan bayi di Malaysia ni.. saksikanlah  

Ini pula apa yang dilakukan YAHUDI terhadap kanak-kanak di Palestin.. layan...

Nampak tak apa yang aku maksudkan, memang takder bezanyer... kanak-kanak yang dibunuh... chop jer Pembunuh Bayi ni YAHUDI....

Aku rasa sebelum bayi-bayi ini dibunuh, lebih elok Pembunuh ni berilah peluang untuk bayi yang tak berdosa ini KEHIDUPAN.. pastu pembunuh ni pergilah nyerah diri at least ringan sikit korang tanggung nanti... Ramai orang yang ikhlas menerima bayi-bayi yang tak berdosa ini.. buat elok-elok, kurang-kurangnyer bayi-bayi ini akan memohon dan berdoa agar pembunuh yang tidak jadi membunuh mendapat keampunan dariNYA.. 

Friday, August 20, 2010

Meriam Buluh... Aduh Sedapnyer......

Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia tak kira Raya Aidilfitri ataupun Adha. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.
Teknik membuat meriam buluh ni sangat abstrak.. memula buluh hendaklah dipilih dari golongan buluh yang bersaiz sederhana, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.. Kemudian buluh akan di rendam di dalam air selama 1 hari 1 malam.. ini bertujuan untuk meliatkan buluh itu dan menambah kekuatan elastik dia... buluh itu kemudiannya dililitkan dengan tali rapat-rapat dari hujung sampai hulu bagi menambahkan kekuatannya.. ada juga yang menggunakan dawai kasar. Maka terhasillah meriam buluh ni..
 Kabat digunakan sebagai bahan letupan dimasukkan ke dalam meriam.. tuang sedikit air supaya bercampur dengan kabat tadi.. bila bunyi mengelegak (sheshhhhhhhhhh) kabat tu dan mengeluarkan gas.. cucuh dengan api pada lubang pencucuh.. seelok-eloknya guna batang penyapu (untuk jarak selamat) sebagai pencucuh.. setelah api sampai ke lubang pencucuh..
maka KEDEBOOOOMMMM..... dan dengan secara langsungnya kedengaran dari jauh mak, bapak, tokwan, toknek,pakcik-makcik memekik melolong menjerkah... "WOI HANGPA NAK MAMPUIH KA???'..... selang sekejap jer dengaq pulak hak kampung depan pulak bunyi...
Siap nampak api memancar-mancar lagi.... tak tahan aku..
Anda dilarang melakukan aksi bodoh ini.
Anda DILARANG KERAS meniru aksi lagak bodoh ini.... selalunya malang ni tak berbau....
Kelas... dapat rawatan LIMA BINTANG.........



Wednesday, August 18, 2010

Corat-coret Ustaz Uzier

Ini adalah pantun 2 kerat yang sempat dicedok dari rancangan popular di TV3 pada setiap hari Ahad : Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi , Kurangkan Politik Tingkatkan Puasa...

Ini adalah salah seorang rakan seperjuanganku..


Uzier photo terbaru
Memang Al-Ustaz Uzier bergaya orangnya.. posing maut oleh ustaz.

Semasa aku, Al-Ustaz Hj Azmi, Ustazah Malia dan Ustaz Uzier di satu majlis rasmi.

Lagi satu posing maut oleh Ustaz Uzier dan Ustazah Malia, tarian "Ronggeng Modern Talking"
Ustaz Uzier bersama isteri di majlis makan malam.
Ustaz Uzier semasa Muktamar Tahunan Ke-54
Inilah adalah aku dan Al-Ustaz Uzier sama-sama menjulang banting banner semasa pelancaran muktamar ke-54.
Jadikanlah iktibar ikuti Mazidul Akmal Sidik : Damansara Specialist sila klik link
Catatan beliau tanpa di "edit".

Tuesday, August 17, 2010

UBI LUCAH

Aku antara percaya dan tidak 50-50 tentang kejadian ubi ini yang dikeluarkan dari dalam tanah sebegini rupa. Pada fikiran aku yang waras, bentuk ubi seperti ini dapat dicipta dengan menggunakan teknologi paling kuno di dunia ini.
Ubi berbentuk lucah yang ditanam oleh petani ini.
Dalam beberapa tahun dulu ada petani berjaya menanam tembikai berbentuk 4 segi.. aku rasa teknik yang sama juga diaplikasikan dalam tanaman ubi mangkuk hayun ni... Banyak bekas plastik ataupun kaca yang berbentuk lucah dihasilkan di kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab kat dunia ni, jadi tidak hairanlah ubi pun boleh menjadi lucah selucah sebegini. Layanlah photo-photo berikut pula dan jangan terpesong ya...

Mungkin tidak......
Korang tengoklah hasil seni ubi di atas yang tercipta begitu "smooth" sekali, macam keluar dari acuan jer... Aku 120% mengatakan ubi ini adalah ubi acuan tetapi teknik penghasilan amat baik dan boleh dikomersialkan oleh petani dengan menggantikan acuan-acuan yang lebih bersopan.

Di bawah ini adalah bagaimana tembikai "Square" dihasilkan oleh Mr. Kaliyannan dari Sungkai, Perak.


Fikir-fikirkanlah... apa-apapun kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.....

Sunday, August 15, 2010

Doa Ramadhan

Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih."

Hari Keenam

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua

"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam

"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan

"Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Sembilan

"Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman."

Hari Ketiga Puluh

"Ya Allah, jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan Rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad SAW dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Thursday, August 12, 2010

SAHUR TERLIUR....

Dah menjadi tradisi sahur kat mana-mana di Malaysia ni... kampung ker, bandar ker... hulu banat mana sekali pun.... salah 3 daripada bende-bende ni mesti adanyerlah,,,,
Telur Masin / Asin
Papedom Pepperazzi
Daging bakar yang hiris nipis-nipis..
Memang kalau daging bakar tu cicah ayer asam........ tapi awas sedap dipandang.. sedap dimakan.. tak sedap kalau dah kena penyakit.....  

Salam Ramadhan 2010

Di kesempatan ini ingin aku megucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini. Isikanlah dengan sebaik-baiknya bulan yang mulia dan diberkati Ilahi. Tak lupa juga disini ada aku paparkan jadual kadar zakat fitrah bagi kawasan yang sewaktu dengan negeri tempat aku berpijak yang diwartakan pada 8/8/2010.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri itu tahun ini adalah sama seperti tahun lalu iaitu:

  • Biasa            : RM 5.00

  • Pertengahan : RM 7.00

  • Baik punyer  : RM 8.00  seorang berdasarkan nilai harga beras semasa.
Bagi mereka yang membayar fitrah dengan beras, kadarnya ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.70 kilogram bagi tiap seorang.Maidam menyediakan 10 kaunter zakat di seluruh negeri yang beroperasi dari 8.15 pagi hinggga 4.30 petang pada hari bekerja yang dibuka tujuh hari seminggu bermula 27 Ogos hingga 9 Sept. Kaunter itu ditempatkan di semua Pejabat Maidam Daerah.

Bayaran juga boleh dibuat kepada amil bertauliah seramai 1,185 yang dilantik di seluruh negeri. Selain itu, zakat fitrah boleh dibayar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh Celcom (M) Berhad.


Gantang merupakan suatu alat sukatan lama. 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kg iaitu sama dengan 4 cupak. Gantang lazimnya diperbuat dari kayu sepertimana cupak yang biasanya diperbuat dari tempurung kelapa yang besar. Gantang tidak digunakan lagi sebagai sukatan selepas pertuakran kepada penggunaan sistem metrik di Malaysia dalam tahun 1977 dan kini gantang tinggal sebagai peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.

Bacaan lanjut berkenaan sejarah, penggunaannya dan hal-hal yang berkaitan sila rujuk di wikipedia.


Menurut Kamus Dewan, gantang didefinisikan sebagai sukatan atau ukuran banyak yang sama dengan 4 cupak, atau 4.54 liter (lazimnya untuk beras) ; alat untuk menyukat beras.




PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Monday, August 9, 2010

Sirih Pulang Ke Gagang (LSA 2010)

Tanggal 9hb Ogos 2010 - Isnin, 8:10 pagi (KRP) Tarikh yang amat dinantikan oleh penerima anugerah "Long Service Award" pada malam "Appreciation Nite 2010" SDH muncul dengan penuh keharuan.

Apa yang menarik adalah siaran tertunda yang kami lakonkan semula di KRP, memang tidak terdapat siaran ulangannya kat mana-mana stesen tv kerajaan ataupun swasta.
Raptai yang betul-betul ni, dengan bangganyerlah aku menerima award ini... mana-mana yang belum cukup 25 tahun service, kenalah tunggu sampai tahun depan pula.... itu pun kalau sempat.
Ini pula Dr. Dalilah.. kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan... beg tu Habib Jewels punya.. nak tengok isi dalam??? Bawah ni....
Wah... rantai emas putih Pak Habib beb.... apa-apa pun syukur alhamdullillah..... pesan DrDZ pada yang belum dapat supaya bersabar..... pejam-celik pejam-celik tahun depan bolehlah buat pilihan..
Kat bawah ni pulah akunyerlah.... kotak dia kecil jer... boleh tahan jugak.. duit siling emas 999.9 Pak Habib juga..
Inilah bendanya yang aku dapat, muka depan dan muka belakang.. tertera nama aku tu.. LSA25
Ahhh.. terlebey sedaaaa Dr ni..... gambar kenang-kenangan sebelum apa-apalah... mana tahukan... terlebey sudaaaa.. betul x 3 kata Upin-Ipin.
Amin..