Di kesempatan ini ingin aku megucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini. Isikanlah dengan sebaik-baiknya bulan yang mulia dan diberkati Ilahi. Tak lupa juga disini ada aku paparkan jadual kadar zakat fitrah bagi kawasan yang sewaktu dengan negeri tempat aku berpijak yang diwartakan pada 8/8/2010.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri itu tahun ini adalah sama seperti tahun lalu iaitu:
Biasa : RM 5.00
Pertengahan : RM 7.00
Baik punyer : RM 8.00 seorang berdasarkan nilai harga beras semasa.
Bagi mereka yang membayar fitrah dengan beras, kadarnya ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.70 kilogram bagi tiap seorang.Maidam menyediakan 10 kaunter zakat di seluruh negeri yang beroperasi dari 8.15 pagi hinggga 4.30 petang pada hari bekerja yang dibuka tujuh hari seminggu bermula 27 Ogos hingga 9 Sept. Kaunter itu ditempatkan di semua Pejabat Maidam Daerah.
Bayaran juga boleh dibuat kepada amil bertauliah seramai 1,185 yang dilantik di seluruh negeri. Selain itu, zakat fitrah boleh dibayar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh Celcom (M) Berhad.
Gantang merupakan suatu alat sukatan lama. 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kg iaitu sama dengan 4 cupak. Gantang lazimnya diperbuat dari kayu sepertimana cupak yang biasanya diperbuat dari tempurung kelapa yang besar. Gantang tidak digunakan lagi sebagai sukatan selepas pertuakran kepada penggunaan sistem metrik di Malaysia dalam tahun 1977 dan kini gantang tinggal sebagai peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.
Bacaan lanjut berkenaan sejarah, penggunaannya dan hal-hal yang berkaitan sila rujuk di wikipedia.
Menurut Kamus Dewan, gantang didefinisikan sebagai sukatan atau ukuran banyak yang sama dengan 4 cupak, atau 4.54 liter (lazimnya untuk beras) ; alat untuk menyukat beras.
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.