Pages

Malaysia Web Hosting

Saturday, August 7, 2010

Appreciation Night SDMC 30-7-2010

Sekitar majlis Appreciation Night SDH pada 30/7/2010. Aku pun tak tahu apa yang berlaku seterusnya kerana aku meninggalkan majlis itu tepat jam 9.00 malam. Bagi aku makanan kat kedai mamak kat luar dan katil bilik yang ditempah lebih menarik perhatian aku.. Apa-apa pun aku puji dengan persembahan pertama yang dihidangkan.. memang 1SDH
Ko bayangkanlah... beratur panjang-panjang + datang jauh-jauh = salam sekeping kertas jer!! (aku tak tahulah apakah hikmah disebaliknya - tak dapat nak aku pikirkan).
Photo di atas adalah wakil kehormat (5 dari 24 staff) daripada Klinik Rantau Petronas (KRP) yang boleh dikatakan tidak dikenali dan diketahui oleh sebahagian besar wargakerja SDMC tentang keujudannya secara fizikal. Wargakerja KRP hanya diketahui oleh pencetus-pencetus pertama projek "The Little Pearl in East Cost" yang berusia 24 tahun kelahirannya pada bulan Ogos 2010 ini.
Salah seorang penerima "25th Long Service Award" adalah dari KRP - Wan Anuar Wan Ahmad

Ini pula adalah penerima anugerah "15th Long Service Award" juga dari KRP - Dr. Hajah Dalilah Zakaria. Dari kiri: Wan Anuar (Imaging KRP), Hj. Azmi & Melly (Lab. KRP) dan Uzier (Nursing). Boleh jadi "Cover Story" ni.... Uzier & Melly.. wow Melly menari rodat ker.. tangan satu lagi tu boleh jadi kontroversi... muhahahaha. Lah... tak puas lagi... Hj. Azmi pulak menjadi mangsa Melly.. (mangsa bergambar) hulahhhh rapat tu... Sempat bergambar kat luar pulak... bukannya apa.... cantik pula sususan hiasan lampu-lampu kat belakang tu...

Inilah Abdul Rahim, salah seorang dari 25th LSA... banyak kenangan bersama kami sekitar tahun 1985 dulu...

Gambar di bawah pula adalah destinasi kedua terakhir aku pada malam tersebut... katil........

Dan aku mengakhiri pelayaran malam aku dengan AGENDA TERBESAR SEKALI bagi spesis jenis aku.... dan aku juga percaya bahawa inilah kegemaran yang menjadi pilihan untuk rakan-rakan sebelah bilik aku (DrDZ / Melly / AM penghuni bilik no. 319 Hotel Subang Velle)... bising ketawa hilai sampai kedengaran dari dalam bilik aku, sesekali aku juga terdengar bunyi "belebub.. blup.. prettt-pet-pet... Maafkan aku...
Kedua-kedua teman bilik dah ghaib dari pukul 10.00 malam menuju ke timur....