Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia tak kira Raya Aidilfitri ataupun Adha. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.
Teknik membuat meriam buluh ni sangat abstrak.. memula buluh hendaklah dipilih dari golongan buluh yang bersaiz sederhana, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.. Kemudian buluh akan di rendam di dalam air selama 1 hari 1 malam.. ini bertujuan untuk meliatkan buluh itu dan menambah kekuatan elastik dia... buluh itu kemudiannya dililitkan dengan tali rapat-rapat dari hujung sampai hulu bagi menambahkan kekuatannya.. ada juga yang menggunakan dawai kasar. Maka terhasillah meriam buluh ni..
Kabat digunakan sebagai bahan letupan dimasukkan ke dalam meriam.. tuang sedikit air supaya bercampur dengan kabat tadi.. bila bunyi mengelegak (sheshhhhhhhhhh) kabat tu dan mengeluarkan gas.. cucuh dengan api pada lubang pencucuh.. seelok-eloknya guna batang penyapu (untuk jarak selamat) sebagai pencucuh.. setelah api sampai ke lubang pencucuh..
maka KEDEBOOOOMMMM..... dan dengan secara langsungnya kedengaran dari jauh mak, bapak, tokwan, toknek,pakcik-makcik memekik melolong menjerkah... "WOI HANGPA NAK MAMPUIH KA???'..... selang sekejap jer dengaq pulak hak kampung depan pulak bunyi...
Siap nampak api memancar-mancar lagi.... tak tahan aku.. |
Anda dilarang melakukan aksi bodoh ini. |
Anda DILARANG KERAS meniru aksi lagak bodoh ini.... selalunya malang ni tak berbau....
Kelas... dapat rawatan LIMA BINTANG.........